Friday, December 21, 2007
Ikrar JKKK Pulau Pinang
Bahawasanya, kami Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan kampung (JKKK) yang dilantik berkhidmat,
oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, membuat ikrar di sini
bahawa semasa kami berkhidmat kami akan patuh dan
mengamalkan ciri-ciri yang terkandung di bawah, semasa
menjalankan tugas:-
Bekerja dan menumpukan sepenuh taat setia kepada
Kerajaan Negeri Pulau Pinang ;
Berkhidmat dengan Penuh Kemesraan dan Muhibah;
Bekerja ke Arah Memajukan pemikiran rakyat dan
Pembangunan Negeri;
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan
dan musuh-musuh Negara; dan
Berpegang teguh kepada Ajaran Agama.
Pengerusi-Pengerusi Biro JKKK Bkt.Gemuroh
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG
BUKIT GEMUROH, TELOK KUMBAR, PULAU PINANG.
d/a 771C, Mk. 9, Kg. Nelayan, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Pengerusi: Tn Haji Nordin Ahmad
Setiausaha: En Rusli Bin Hashim
Bendahari: En. Chiang Hwa Choon
i. En. Jamal Hussin
ii. En. Yeap Soon Keong
Biro Pendidikan
i. Pn. Che Gayah Che Din
ii. Pn. Choong Hooi Leng
Biro Pertanian, Penternakan dan Perikanan
i. En. Aim Swe San
ii. Tn Hj. Nordin Ahmad
Biro Pelancongan dan Industri
i. En. Ramli Md. Yusof
ii. Pn Rahimah Hamad
Biro Infrastruktur dan Kemudahan Awam
i. En. Zulkefly Bin Noor
ii. En. Lee Seow Keang
Biro Keagamaan dan Kerohanian
i. Tn Haji Mohamed Bin Md. Zain
ii. En. Chiang Hwa Choon
Biro Belia, Kebudayaan dan Sukan
i. Pn. Roziah Binti Haraun
ii. En. Leow Kim Chew
Biro Keselamatan
i. En. K. Thiyagaraja a/l S.Kasi Komar
ii. En. Yaris Bin Md. Noor
Thursday, December 20, 2007
PERANAN JKKK BUKIT GEMUROH
PENTADBIRAN:
1. Mengumpul dan menyimpan profiI kampung dan maklumat asas:
Tempat-tempat ibadat, Jalan Kampung,Balai Raya/Dewan JKKK, Sekolah, Gelanggang permainan, Klinik, Padang bola, Balai Polis, Pejabat Pos dan Tadika
2. Bertindak sebagai badan perantaraan di antara kerajaan dengan penduduk kampung. Dalam konteks ini jika timbul masalah dalam pelaksanaan projek dan atau permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung, hendaklah segera menghubungi Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri.
3. Merancang dan membuat jadual kegiatan JKKK sepanjang tahun, termasuklah merancang majlis penerangan, gotong royong, ceramah dan dailog.
4. Mengambil tahu dasar kerajaan dan menyampaikan maklumat perlu kepada masyarakat.
5. Mengenalpasti struktur penduduk serta menyimpan rekod penduduk. Termasuk menyenaraikan nama-nama penduduk yang miskin /PPRT dan keperluan mereka (Rumah/air/letrik).
6. Mengadakan mesyuarat seturang-kurangnya sebulan sekali dan menyimpan rekod mesyuarat dengan baik
7. Melaporkan kepada pihak berkenaan mengenai perkara yang memerlukan perhatian dan penyelesaian mengikut saluran tertentu.
8. Mengemukakan jadual dan minit mesyuarat kepada pihak tertentu.
9. Mengemaskini bilik gerakan kampung.
10. Menyediakan Laporan Tahunan JKKK pada setiap awal tahun; dengan memberikan maklumat:
a) Permohonan-permohonan yang belum diluluskan tetapi telah dipohon pada tahun sebelumnya.
b) aktiviti tahunan yang telah dijalankan.
c) maklumat kehadiran ahli JKKK dalam mesyuarat bulanan dan lain-lain maklumat yang difikirkan perlu.
11. Menjemput sesiapa yang difikirkan sesuai kerana pengalaman, pekerjaan atau kebolehan yang ada padanya untuk menghadiri mesyuarat JKKK.
12. Mengadakan kerjasama yang erat dengan lain-lain jawatankuasa institusi yang sedia ada di kampung-kampung berkenaan seperti jawatankuasa Kariah Masjid, Pemaju Masyarakat dan sebagainya.
13. Mendapatkan maklumat/keterangan awal keluarga mangsa Bencana Alam (Ribut/Banjir/Kebakaran) dan cuba membantu menyediakan keperluan mangsa.
KESIHATAN DAN KEINDAHAN:
1. Mengalakan program mengindahkan kampung berteraskan konsep kampung dalam
taman.
2. Membantu usaha ke arah pembasmian dan pencegahan penyakit berjangkit.
3. Mengawasi kebersihan kampung dan tempat-tempat awam.
4. Mengalakan penduduk kampung mengamalkan makanan dan pemakanan seimbang dan beriadah untuk mewujudkan generasi cergas.
KEAGAMAAN DAN KEROHANIAN
1. Meningkatkan dakwah islamiah dan penghayatan nilai murni.
2. Menganjurkan program keagamaan seperti ceramah dan kelas agama.
3. Memelihara kebersihan masjid dan surau.
4. Menyemai nilai bekeluarga dan menghormati orang tua serta penyayang.
PEMBANGUNAN EKONOMI
1. Mengenalpasti dan merancang dan mengesyorkan projek-projek yang sesuai untuk dilaksanakan.
2. Mengesan dan mengawal pelaksanaan projek pembangunan
3. Mengalakkan kegiatan kausahawanan termasuk industri kecil dan perusahaan, perniagaan kecil dan lain-lain.
4. Memupuk budaya kerja niaga di kalangan penduduk termasuk remaja.
PENDIDIKAN.
1. membantu untuk meningkat pencapaian pelajaran sekolah:
1.Menganjurkan kelas-kelas tambahan
2.Menganjurkan ceramah-ceramah motivasi kepada pelajar.
3.Membantu meningkatkan akhlak murni di kalangan pelajar dan remaja.
4.Memupuk budaya ilmu dan galakan membaca.
5.Memupuk sikap positif dan progresif serta menghindari sikap negatif di kalangan masyarakat kampung.
KESELAMATAN
1. Menjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir jahat yang hendak merosakan masyarakat dan negara dengan cara melaporkan aktiviti-aktiviti mereka kepada pihak berkuasa dan menyusun rondaan (jika perlu) dan pemerhatian di sekitar kampung.
SEJARAH JKKK BT. GEMUROH
Nama JKKK Bukit Gemuroh sebenarnya mengambil nama sebuah tempat yang terletaknya di antara Pasir Belanda dengan Gertak Sanggul. Perkataan ‘Gemuroh’ itu sendiri sebenarnya menceritakan suatu keadaan atau suasana yang wujud suatu masa dahulu. Ada sebuah air terjun di sebuah bukit dan air itu turun dengan deras dari bukit di situ telah menghasilkan bunyi yang gemuroh sehingga dapat didengar oleh penduduk-penduduk yang tinggal di Gertak Sanggul. Dengan itu, penduduk telah menamakan kawasan itu sebagai Bukit Gemuroh.
Dengan itu nama Bukit Gemuroh telah diabadikan dalam beberapa pertubuhan seperti UMNO Cawangan Bukit Gemuroh, Kelab Seri Gemuroh, Taman Gemuroh dan kini JKKK Bukit Gemuroh. JKKK Bukit Gemuroh ditubuhkan adalah hasil perjuangan ahli-ahli dan pemimpin UMNO Cawangan Bukit Gemuroh sendiri. Pentadbiran JKKK Telok Kumbar sebelum ini yang begitu luas telah menjadikan tugas dan tanggungjawab JKKK semakin berat dan rumit. Penubuhan JKKK ini telah diluluskan oleh suatu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah mendapat pandangan semua pihak; pemimpin-pemimpin UMNO, NGOs, penghulu dan Pejabat Daerah dan Tanah.