KAMPUNG 1. Pekan Telok Kumbar (Sebahagian) 2. Kampung Nelayan 3. Kampung Sulup 4. Kampung Bagan 5. Pasir Belanda 6. Bukit Gemuroh
TAMAN PERUMAHAN i. Perumahan Kos Rendah Kg. Nelayan ii. Taman Sahabat iii. Taman Gemuroh, Kg. Sulup iv. Flat Seri Gertak Sanggul v. Perumahan Pasir Belanda
PENGUMUMAN:
1. Program Kenduri Rakyat dan Ceramah Islam Hadari di Kg. Nelayan pada 15 Disember 2007. 2. Majlis Korban dan Kenduri di Kg. Sulup pada 22 Dis. 2007. 3. Program Ekspedisi Berkayak 2007 Teluk Kumbar - Pulau Aman anjuran Kelab Seri Gemuroh dengan kerjasama Kelab Cabaran Pulau Pinang pada 29 dan 30 Disember 2007. 4. Persatuan Penduduk Taman Gemuroh, Jalan Gertak Sanggul akan mengadakan Mesyuarat Penaja Penubuhan JMB pada 5 Januari 2008 jam 2.30 ptg. YB Tuan Syed Amerruddin Dato' Hj. Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas dijangka hadir merasmikan mesyuarat tersebut. 5. Kelab Seri Gemuroh dan Kelab Bersatu Kg. Nelayan bercadang mengadakan XPDC Berkayak Mengelilingi Pulau Pinang pertengahan tahun 2008. Latihan berkayak akan diadakan pada awal bulan Februari. Yang berminat terutama belia dan beliawanis yang berada dalam kawasan Daerah Barat Daya boleh hubungi Razani bin Rusli (017-4492119). 6. Mesyuarat Agung Pertubuhan Wanita Kampung Sulup akan diadakan pada 6 Jan. 2008jam 2.30 ptg di Dataran Seri Gemuroh. Y.Bhg. Dato' Dr. Muhamad Idiris, Pengerusi Qaryah Masjid Telok Kumbar akan menyempurnakan perasmian mesyuarat tersebut. Ahli pertubuhan wanita dijemput hadir beramai-ramai. 7. Pertubuhan Wanita Kg. Sulup akan mengadakan Program Wanita Bestari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas dan Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya pada 16 Februari 2008 jam 9.00 malam di Kantin SMK Teluk Kumbar 2. Kira-kira 100 orang ahli pertubuhan akan menghadiri program tersebut. 8. Kelab Seri Gemuroh (MAYC) Teluk Kumbar telah mulai latihan berkayak mulai awal bulan April yang lalu. Penyertaan kira-kira 28 orang yang sedang mengikuti latihan pada setiap hari Ahad pagi. Program Berkayak dari Telok Kumbar ke Tanjung Bunga dijangka pada pertengahan Julai 2008. Selepas program tersebut, Kelab Seri Gemuroh dijangka meneruskan Program Mengelilingi PP dengan berkayak. 9. Majlis Suaikenal Gerakan Daya Wawasan Kg. Sulup diadakan pada 2 Mei 2008 sebagai penerimaan dua siswi dari USM ke Kampung Sulup yang akan menjalani praktikal selama dua bulan di sini. Kedua-dua siswi dari Pusat Pengajian Sains Sosial, USM. Semua AJK NGOs yang ada di Kampung Sulup telah diminta memberi kerjasama yang baik kepada kedua-dua siswi tersebut. Pada tahun lepas, penduduk kampung ini telah menerima pelbagai kumpulan siswa dan siswi dari USM dan juga UUM. 10. Jamuan Mesra KSG akan diadakan pada 17 Mei 2008 jam 9.00 malam di Dataran Seri Gemuroh bagi meraikan kejayaan pasukan bola sepak Kelab Seri Gemuroh ke perlawanan akhir Kejohanan Liga Bola Sepak Daerah Barat Daya tahun 2008. Pasukan KSG akan menentang pasukan Kelab Sejati Sg. Burong pada 18 Mei 2008 di Padang Awam, Kongsi. Semua peminat dan penyokong pasukan KSG dijemput hadir beramai-ramai. 11. Program Turun Ke Padang YB ADUN Bayan Lepas. Semua pemimpin pertubuhan dan Ahli-ahli jawatankuasa pertubuhan(NGOs) berada dalam kawasan JKKP Bukit Gemuroh dijemput hadir ke program tersebut di atas pada 17 Jun 2008 (Selasa) Jam 8.30 malam di Dataran Seri Gemuroh (Gelanggang Sepak Takraw Kg. Sulup).