Pada 4 September 2008, kira-kira 25 orang anak-anak fakir miskin dan yatim piatu di kawasan JKKK(P) Bukit Gemuroh telah menerima sumbangan zakat dari sebuah perbadanan milik kerajaan. Pengerusi JKKK(P) kawasan ini, Tn Hj. Nordin Ahmad dengan bantuan AJKnya telah berjaya mengesan anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Mereka di bawa dengan dua buah van dan sebuah kereta untuk ke Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan syarikat tersebut di adakan di kawasan Jeti ke Jerjak Resort. Para tetamu dan kanak-kanak yang hadir rasa sungguh gembira kerana dapat berbuka puasa dan menjamu selera di samping pulang dengan membawa wang hari raya yang disampaikan oleh pihak syarikat pada petang itu juga. Salah seorang kanak-kanak yang menerima sumbangan pada hari itu berkata," Saya rasa seronok hari raya tahun ini kerana menerima sumbangan untuk persiapan hari raya yang semakin hampir. Terima kasih kepada syarikat dan hanya tuhan sahajalah yang dapat membalas budi baik mereka".
4 comments:
TK atas usaha baik itu. Bila berlaku bencana alam, kami juga perlu bantuan dari JKKK(P). Setakat ini mangsa banjir baru-baru ini belum menerima sebarang bantuan daripada kerjaan negeri dan juga persekutuan.
Betullah, daftar sudah dan rport balai pun sudah. bantuan lambat lagi kahh? Bantuan kerajaan negeri sepatutnya lebih cepat kononnya kerajaan prihatin dan kerajaan kebajikan.
akum, seumbangan untuk mangsa banjir telah pun diberi, tetapi untuk ahli-ahli pakatan sahaja. Kami memberi kepada mereka yang menyokong kami. Harap jangan kecil hati.
Apa ni? Sumbangan atau bantuan bencana alam tak pernah didiskriminasi oleh kerajaan BN sejak dulu. Kerajaan PR tak adil kpd rakyat. Mana janji kpd rakyat semasa pilihanraya dulu. CM kena lihat perkara ini, apakah wang sumbangan tak sampai kpd mangsa2 banjir?
Post a Comment