BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Tuesday, September 30, 2008

Lagi Berita Banjir Di Kawasan Teluk Kumbar

TELUK KUMBAR 30 Sept. - Keadaan banjir semakin bertambah buruk terutama di kawasan Kg. Masjid berhampiran Perumahan Bandar Baru Perda dan SK Seri Bayu. Hasil lawatan bersama YB Tuan Syed Amerruddin Dato Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas pada jam 11.45 pagi tadi, kebanyakan rumah penduduk di kawasan kampung berkenaan ditenggelami air sekitar 2.5 kaki hingga 3.5 kaki tinggi. Kejadian banjir kali kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan. Kejadian banjir kali pertama berlaku pada tahun ini pada 5 September 2008 yang lalu. Banyak rumah di beberapa buah kampung terlibat dengan banjir besar itu.
YB Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad sempat melawat mangsa banjir di Kg. Nelayan dan Kg. Masjid. Beberapa orang penduduk telah mengemukakan pandangan punca kejadian banjir. Di samping kejadian hujan lebat yang 'luar biasa', masalah perparitan yang sempit telah menyumbangkan kejadian limpahan air ke kawasan-kawasan rendah sekitar parit dan sungai. Dalam masa yang sama, YB Syed Amerruddin telah menghubungi Bilik Gerakan Banjir Daerah Barat Daya untuk mengetahui jenis bantuan yang boleh diberikan kepada keluarga mangsa banjir. Berdasarkan maklumat dari Bilik Gerakan Daerah, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat akan memberi bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.
Walau bagaimanapun, paras air semakin surut mulai jam 12.30
tengah hari setelah hujan mulai turun renyai dan berhenti dalam tempoh yang agak lama. Jika keadaan ini berterusan, kenaikan paras air laut yang mulai pasang tidak akan begitu membimbangkan penduduk sekitar sungai.
Difahamkan hujan yang berterusan dengan lebat sejak awal pagi tadi juga menyebabkan kejadian banjir di beberapa buah kampung seperti Kg. Padang, Kg. Seronok, Kg. Manggis, Kongsi di Balik Pulau.
Menurut seorang penduduk tempatan yang ditemui kejadian banjir besar pernah berlaku sebelum ini pada 5 Sept.1996 dan pada tahun ini dalam tempoh bulan Ramadan telah berlaku sebanyak dua kali iaitu 5 Sept. 2008 dan 30 Sept. 2008. Beliau memahami bahawa segala kejadian yang berlaku ini, salah satu ujian Allah s.w.t kepada kita yang akan mengakhiri sebulan berpuasa keesokannya.






















3 comments:

Anonymous said...

i like......

Anonymous said...

Ada YB Telok Kumbar turun meredah banjir dengan JKKKP tapi pemimpin PKR dan PAS kawasan ini kami tak nampak pung. Entahlah pemimpin PKR dan PAS bukan anak tempatan, mungkin kami tak kenai, minta maaflah..

Anonymous said...

Akum. banjir dah dua kali berlaku, bantuan masih lagi tidak kunjung tiba, depa kata depa tera haa pi raaaaaa.
Cakap saja pandai , dulu masa orang BN buat kerja macam-macam tomahan dapat, sekarang ni baru mereka faham macam mana.


Karom dalam Sukaneka

Nasyid Kg. Sulup

XPDC Berkayak Pantai Merdeka - Tlk Kumbar

Gotong Royong di Kg. Nelayan