Majlis Berkhatan Perdana anjuran Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas dengan kerjasama JKKKP Bukit Gemuroh akan diadakan pada 4 Disember 2011 (Ahad) bermula jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Wayang Kulit Seri Asun dari Kedah Darul Aman akan mengadakan persembahan pada malam sebelum majlis. Bayaran cuma RM20.00 hanya kepada kanak-kanak yang tinggal dalam kawasan DUN Bayan Lepas sahaja.
Program e-Komuniti dan Pemantapan Kepimpinan Bersama JKKKP Daerah Barat Daya Pulau Pinang diadakan mulai 17 hingga 19 Disember 2010 di Hotel Regency, Jitra Kedah Darul Aman anjuran PERDA dan ICU. Program ini bertujuan untuk membentuk dan mengeratkan ukhwah permuafakatan antara Pengerusi JKKKP dan pemimpin masyarakat lain di samping menambah pengetahuan teknologi maklumat (ICT) melalui latihan pembinaan laman blog, laman sosial dan media baru lain.





Jitra, 28 Jun - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Kelab Seri Gemuroh (MAYC) Teluk Kumbar telah menganjurkan Kem Pembinaan Sahsiah Diri pada 27 dan 28 Jun 2009 di Pahlawan Lake Resort, Jitra, Kedah. Kira-kira 90 orang peserta dan urusetia terlibat dalam program yang mengambil masa selama 2 hari satu malam. Pelbagai aktiviti diadakan seperti senamrobik, ceramah, perbengkelan dan aktiviti lasak. Pengerusi KSG, Sdr Aizar Md. Said selaku penyelaras program merasa gembira kerana semua pihak telah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program tersebut. Kebanyakan peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti yang mencabar seperti 'flying-fork', ''abseiling', berakit dan ''lake crossing'. Peserta-peserta terdiri dari golongan remaja lepasan sekolah dari beberapa buah kampung seperti Kg. Sulup, Bandar Baru Perda, Sg. Batu dan Balik Pulau. Semoga peserta-peserta akan kembali dengan membawa suatu perubahan yang positif dalam diri mereka.
Kira-kira 400 ahli dan anggota keluarga ahli Pertubuhan Wanita Kg. Sulup telah menyertai Hari Keluarga yang diadakan pada 19 April 2009 bertempat di Pantai Tanjung Asam, Jalan Gertak Sanggul. Program yang julung kali diadakan itu telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Pelbagai aktiviti telah dirancangkan oleh urusetia seperti tarik tali wanita dan lelaki, lari dalam guni, golek tayar, tangkap belon, pecah belon, tarik kayak, pertandingan mewarna, cari siput dan sebagainya. Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayan Lepas, YB Tuan Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad sempat bersama menikmati makan tengah hari bersama pemimpin-pemimpin tempatan. Setiap ahli pertubuhan yang hadir akan berpeluang memenangi hadiah bertuah dan cenderamata yang disediakan oleh pertubuhan. Sambutan Hari Keluarga telah bermula jam 8.00 pagi dengan aktiviti pertandingan mewarna dan berakhir pada jam 3.30 petang dengan Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah. Ahli-ahli pertubuhan telah melahirkan rasa gembira dan masing-masing telah meluahkan harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Pertubuhan Wanita Qaryah Kg. Sulup mengambil kesempatan ini ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Tuan Syed Amerruddin yang telah sudi memberi peruntukan bagi menjayakan program tersebut.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Barat Daya dengan kerjasama JKKK(P) Bukit Gemuroh akan menganjurkan Program Muwaddah di padang SMK Telok Kumbar 2 pada 24 dan 25 April 2009. Pelbagai acara akan diadakan seperti senamrobik, sukaneka, sukan futsal dan bola jaring, pameran, cabutan bertuah, persembahan kebudayaan serta forum. Majlis bacaan Yaasin turut diadakan pada 16 April 2009 selepas solat Maghrib di surau SMK Telok Kumbar 2. Oleh semua pelajar, ibu bapa dan penduduk yang berhampiran dengan surau dijemput hadir.
Jawatankuasa Program akan mengagihkan brosur dari rumah ke rumah pada 18 April 2009 supaya semua penduduk terutama kaum wanita/ibu dapat hadir beramai-ramai ke majlis tersebut. Melalui Program Muwaddah semua peserta yang hadir dan mengambil bahagian akan lebih memahami peranan kaum wanita yang dapat dimainkan dalam usaha kerajaan menangani masalah penagihan najis dadah di kalangan anak remaja hari ini.