BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Sunday, January 6, 2008

Mesyuarat Agung Pertubuhan Wanita Kg. Sulup



Mesyuarat Agung Pertubuhan Wanita Kg. Sulup Kali ke 10 telah diadakan pada 6 Jan. 2007 jam 3.00 ptg di Gelanggang Sepak Takraw, Kg. Sulup. Dato' Prof. Muhammad Idiris Hj Saleh, Pengerusi Qaryah Masjid Telok Kumbar sudi merasmikan mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh 71 orang ahli. Turut hadir ialah Tn Hj. Nordin Ahmad, Pengerusi JKKK Bukit Gemuroh, En. Rusli Hashim, Penasihat 1, Pertubuhan Wanita Kg. Sulup, Tn Hj. Tajuddin, Ketua Kawasan Kg. Sulup dan lain-lain pemimpin pertubuhan. Hampir semua jawatan dikekalkan kecuali 4 orang muka baru dalam senarai AJK bagi tahun 2008/2009. Ucapan perasmian Dato' Prof Muhammad Idiris, beliau mengucap tahniah kerana kejayaan pertubuhan ini mengadakan pelbagai aktiviti dan terus mencadangkan supaya pertubuhan ini mengambil peluang menubuh koperasi. Mesyuarat agung ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Saturday, January 5, 2008

Taklimat Penubuhan JMB Flat Taman Gemuroh



Mesyuarat Penubuhan Persatuan Penduduk Taman Gemuroh dan JMB pada 5 Januari 2008 (Sabtu) telah dihadiri oleh YB Tuan Syed Amerruddin Dato' Hj. Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas serta wakil Pesuruhjaya Bangunan (COB), En Cheong. Oleh kerana pemaju perumahan tidak hadir dalam mesyuarat tersebut, maka mesyuarat tersebut hanya merupakan suatu majlis penerangan oleh En. Cheong berkaitan dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan peranannya. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, En. Jismi b. Hussin dan Ahli Jawatankuasa Penduduk didapati telah memahami bahawa penubuhan Persatuan Penduduk tidak perlu lagi sekiranya kewujudan JMB lebih relevan dan signifikan dengan permasalahan penduduk di taman-taman perumahan seperti ini.

Tuesday, January 1, 2008

XPDC Berkayak Telok Kumbar - Pulau Aman






Ekspedisi Berkayak Teluk Kumbar - Pulau Aman dianjurkan oleh Kelab Seri Gemuroh (MAYC) Teluk Kumbar dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Kelab Cabaran Pulau Pinang telah diadakan pada 29 dan 30 Disember 2007. Dengan khidmat sokongan 6 orang urusetia dan dibantu oleh 4 anggota dari Pasukan Bomba dan Penyelamat (Jalan Perak) serta 3 anggota Pasukan Polis Marin, Batu Uban telah berjaya membantu ekspedisi ini. Ekspedisi ini disertai oleh 24 orang peserta yang terdiri dari 22 peserta lelaki dan 2 peserta wanita. Peserta tertua Pn Rahimah Hamad, 61 tahun, Ketua Wanita UMNO Cawangan Bkt. Gemuroh dan peserta termuda ialah Redzwan Rusli, 12 tahun. KSG merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kelab Berkayak Sg. Burong dan KCPP yang telah meminjamkan kayak kepada kelab ini. Dan terima kasih juga kepada En. Mohamad Nasuha (Penyelaras Pusat Sukan Air, JPNPP) dan En Mohd.Siraj, pemandu bot dari Unit Kokurikulum, JPNPP yang turut membantu menjayakan ekspedisi ini. En. Azlin Jambut, Pen. Setiausaha, KCPP turut menyertai ekspedisi ini selaku Jurulatih Utama dan mewakili KCPP. Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan telah disempurnakan oleh YB Ir. Mansor Musa yang mewakili YB. Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad pada 30 Dis. 2007 jam 4.00 petang di Dewan Makan Pusat Latihan Sukan Air, JPNPP. KSG dan Kelab Bersatu Kg. Nelayan telah bercadang mengadakan ekspedisi berkayak mengelilingi Pulau Pinang pada tahun 2008.


Karom dalam Sukaneka

Nasyid Kg. Sulup

XPDC Berkayak Pantai Merdeka - Tlk Kumbar

Gotong Royong di Kg. Nelayan