Sunday, December 28, 2008
Pasukan Bola Sepak Kelab Seri Gemuroh siap sedia beraksi di Kompleks Selayang Mall
Sukan Rakyat Anjuran Kelab Sukan Kg. Nelayan, Telok Kumbar
Tuesday, December 23, 2008
Konvoi Keluarga Bahagia Pulau Pinang - Terengganu
Malam ini jam 11.00 malam, semua peserta berkenderaan Konvoi Keluarga Bahagia Pulau Pinang - Terengganu akan bersiap sedia untuk bertolak bermula di gelanggang sepak takraw, Kg. Sulup. KKB telah dianjurkan oleh JKKK Bukit Gemuroh semenjak 3 tahun berturut-turut dengan berkonsepkan satu kereta - satu keluarga - satu khemah. Banyak aktiviti akan diadakan semasa di Terengganu seperti kerja kebajikan/goyong royong, lawatan sambil belajar, diskusi, senaman pagi dan memancing. Jumlah peserta atau kenderaan dihadkan tidak melebihi 13 buah kerana keselamatan setiap peserta amat diutamakan dalam program ini. Peserta konvoi akan bertolak jalam 12.00 tengah malam dan dijangka sampai di Hutan Lipur Lata Belatan kira-kira jam 8.00 pagi. Semoga setiap peserta sentiasa dalam keadaan selamat.
Monday, December 8, 2008
Surau Taman Sahabat tempat penyatuan ummah???????
Ibadat Korban di Kampung Sulup
Monday, December 1, 2008
MAJLIS PENGHAYATAN ISLAM
Sesuai dengan nama majlis, pihak urusetia akan mengadakan majlis tahlil, kenduri, marhaban, berdah, bacaan al Quran dan ceramah agama. Semua penduduk Kg. Sulup tuan dan muda dijemput hadir beramai-ramai. Johan Tilawah Al Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2006 akan dijemput untuk memperdengarkan bacaan al Qurannya. Manakala Pihak urusetia beranggapan bahawa amat rugi jika kesempatan terbaik ini tidak diambil peluang oleh setiap penduduk di kawasan ini.
Sunday, November 30, 2008
Fikirlah supaya kita tidak terlambat!!!!!!
Setelah Pakatan Rakyat memerintah negeri, JKKK Negeri ditubuhkan setiap kawasan atau kampung. Ada Pengerusi JKKK Negeri bukan anak tempatan, tidak dikenali dilantik oleh kerajaan negeri. Itu pun bukan jadi persoalannya. Dewan dan bangunan yang didirikan atas tanah kerajaan negeri telah diserahkan oleh JKKK lama tanpa ada masalah. Kita memahami bahawa tanah dan bangunan milik kerajaan negeri mesti dikembalikan kepada yang haknya. Kita bersedia dan rela menyerahkannya walaupun hati sangat berat untuk melakukannya.
Wahai ahli JKKK Negeri yang baru menjadi pemimpin masyarakat di kawasan JKKK Bukit Gemuroh ini. Janganlah bangunan milik bangsa kita untuk persatuan kita juga hendak 'dirampas'. Bangunan milik Kelab Sukan dan Rekreasi Kampung Nelayan dibina atas kebenaran Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya. Melalui peruntukan ADUN Bayan Lepas, terbinalah sebuah dewan untuk kegunaan pemuda dan remaja di kampung itu. Pemuda-pemuda Kampung Nelayan mula resah dan gelisah, gambar bangunan diambil oleh pemimpin JKKKN dan difahamkan bahawa JKKKN sedang berusaha untuk mengambil alih bangunan itu. Usahlah kita berdengki hati sesama kita dan tamak haloba. Bangunan JKKK Bukit Gemuroh yang baru siap dibina semasa pentadbiran JKKK lama masih perlu perhatian JKKKN yang ada sekarang. Meja dan kerusi untuk mesyuarat masih tidak ada. Perkemaskan bangunan yang sedia ada kerana bangunan sebesar itu pun belum nampak apa-apa yang dapat dibuat oleh JKKKN setakat ini.
Janganlah kita ego dan keghairahan bila mempunyai kuasa. Kuasa untuk menindas sesama kita. Kuasa untuk memecah belahkan masyarakat sebangsa dan seagama. Ingatlah kita semua akan rugi. Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu UMNO juga akan rugi jika pemimpin JKKKN bertindak demikian. Kita semua perlu sedar bahawa Melayu diasak sedemikian rupa akhir-akhir ini kerana Melayu berpecah. Mengapa kita berpolitik hingga wujud sikap berpuak-puak hingga takut nak bertegur sapa? Kawan yang baik sudah jadi musuh kerana politik. Melayu akan rugi, Islam tidak lagi dihormati. Suatu hari nanti Melayu akan hilang kuasa, tak guna lagi walaupun menangis air mata darah sekali pun. Nasi sudah jadi bubur. Terlajak perahu boleh berundur tapi terlajak cakap buruk padahnya. Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tidak berguna lagi.
Marilah kita bersatu demi bangsa dan agama. Lupakan perselisihan faham dan sengketa lama. Betapa gembiranya jika dahulu boleh bergelak ketawa semasa berjumpa. Kini semuanya telah lenyap kerana mungkinkah ideologi politik ke arah itu? Fikirlah supaya kita tidak terlambat!
Sunday, November 9, 2008
Demontrasi Masakan Kemas DBD
Pada hari ini, 9 November 2008 jam 3.00 petang di rumah Pengerusi Pertubuhan Wanita Qaryah
Kampung Sulup, Rahani Othman
telah diadakan Demontrasi Masakan anjuran Kemas Daerah Barat Daya. Kira-kira 30 ahli wanita pertubuhan telah hadir mengikut tunjukcara masakan Ban Jagung dan Makaroni Bakar.
Sunday, October 26, 2008
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2008
Thursday, October 9, 2008
Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Sempena PMR dan SPM 2008


Tuesday, September 30, 2008
Lagi Berita Banjir Di Kawasan Teluk Kumbar

TELUK KUMBAR 30 Sept. - Keadaan banjir semakin bertambah buruk terutama di kawasan Kg. Masjid berhampiran Perumahan Bandar Baru Perda dan SK Seri Bayu. Hasil lawatan bersama YB Tuan
Syed Amerruddin Dato
Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas pada jam 11.45 pagi tadi, kebanyakan rumah penduduk di kawasan kampung berkenaan ditenggelami air sekitar 2.5 kaki hingga 3.5 kaki tinggi. Kejadian banjir kali kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan. Kejadian 
banjir kali pertama berlaku pada tahun ini pada 5 September 2008 yang lalu. Banyak rumah di beberapa buah kampung terlibat dengan banjir besar itu.YB Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad sempat melawat mangsa banjir di Kg. Nelayan dan Kg.

Masjid. Beberapa orang penduduk telah mengemukakan pandangan punca kejadian banjir. Di samping kejadian hujan lebat yang 'luar biasa', masalah perparitan yang sempit telah menyumbangkan kejadian limpahan air ke kawasan-
kawasan rendah sekitar parit dan sungai. Dalam masa yang sama, YB Syed Amerruddin telah menghubungi Bilik Gerakan Banjir Daerah Barat Daya untuk mengetahui jenis bantuan yang boleh diberikan kepada keluarga mangsa banjir. 
Berdasarkan maklumat dari Bilik Gerakan Daerah, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat akan memberi bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.Walau bagaimanapun, paras air semakin surut mulai jam 12.30
tengah hari setelah hujan mulai turun renyai dan berhenti dalam tempoh yang agak lama. Jika keadaan ini berterusan, kenaikan paras air laut yang mulai pasang tidak akan begitu membimbangkan penduduk sekitar sungai.
Difahamkan hujan yang berterusan dengan lebat sejak awal pagi tadi juga menyebabkan kejadian banjir di beberapa buah kampung seperti Kg. Padang, Kg. Seronok, Kg. Manggis, Kongsi di Balik Pulau.Menurut seorang penduduk

tempatan yang ditemui kejadian banjir besar pernah berlaku sebelum ini pada 5 Sept.1996 dan pada tahun ini dalam tempoh bulan Ramadan telah berlaku sebanyak dua kali iaitu 5 Sept. 2008 dan 30 Sept. 2008. Beliau memahami bahawa 

segala 

kejadian yang berlaku ini, salah satu ujian Allah s.w.t kepada kita yang akan mengakhiri sebulan berpuasa keesokannya.Penduduk bimbang: Hujan yang lebat secara berterusan sejak semalam.
Jam 2.45 pagi semalam, Pengerusi dan Setiausaha JKKKP Bukit Gemuroh dan bersama beberapa AJK dari Kg. Sulup dan Kg. Nelayan masih meninjau keadaan kawasan mudah banjir di kampung-kampung kawasan JKKKP Bukit Gemuroh seperti Kg. Sulup dan Kg. Nelayan. Beberapa buah rumah di Kg. Nelayan, kelihatan penduduk telah bersiap sedia menyelamatkan motorsikal dan peralatan rumah masing-masing. Air deras dari Sungai Teluk Kumbar dan Sungai Kg. Sulup telah mulai melimpahi di kawasan-kawasan rendah
sekitar sungai-sungai berkenaan. Keadaan air laut yang masih pasang ketika itu boleh memburukkan lagi keadaan banjir kilat.
bersabar terutama dalam bulan Ramadan ini mungkin ini suatu ujian Allah swt. dan sentiasalah dalam keadaan berjaga-jaga agar dokumen-dokumen penting dan harta-harta yang berharga dalam keadaan yang selamat. JKKKP Bukit Gemuroh akan sentiasa memantau perkembangan agar bantuan awal dapat dilakukan serta merta.Semasa pemimpin-pemimpin JKKK(P) Bukit Gemuroh meninjau perkembangan banjir di kawasan berkenaan, ada beberapa penduduk merungut berkaitan dengan bantuan mangsa
banjir. Banyak lagi keluarga mangsa banjir yang lalu belum menerima sebarang bantuan banjir yang telah diberikan oleh PKR atau kerajaan negeri sebanyak RM80.00 kepada setiap keluarga mangsa banjir. Dari sumber yang lain menyatakan wang sebanyak itu diberikan sebagai duit raya. Persoalannya kenapa duit raya itu diberikan kepada mangsa-mangsa banjir sahaja yang menjadi penyokong parti PR.Sehingga jam 10.30 pagi, semasa berita ini ditulis, hujan sekali-sekali turun dengan sangat lebat. dan secara berterusan. Cuaca di sekitar kelihatan sangat redup dan tidak nampak bahawa hujan akan berhenti. Sekali lagi semua penduduk di kawasan-kawasan mudah banjir dinasihatkan lebih berhati-hati dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca dari masa ke semasa.
Karom dalam Sukaneka
Nasyid Kg. Sulup
XPDC Berkayak Pantai Merdeka - Tlk Kumbar
Gotong Royong di Kg. Nelayan
