Sunday, June 28, 2009
KEM PEMBINAAN SAHSIAH DIRI ANJURAN KSG BKT. GEMUROH
Monday, June 8, 2009
PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA DAN KELAB SERI GEMUROH
Pengerusi Pengelola, Sdr Norazli Bahari mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin pertubuhan, pengurus-pengurus pasukan dan pemain-pemain yang telah memberi kerjasama hingga berjaya pertandingan futsal ini. Peruntukan futsal ini dari YB Tuan Syed Amerruddin, ADUN Bayan Lepas telah membolehkan pertandingan futsal ini dianjurkan pada setiap tahun. Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Sdr Azian Ariffin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau selepas suatu pertunjukan amal (Futsal) antara pasukan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau dengan Urusetia Futsal. Dalam ucapan perasmian penutup, sdr Azian menyeru supaya pemuda sentiasa bersatu dan memahami bahawa perpecahan Melayu telah menyebabkan bangsa Melayu dan agama Islam sendiri yang rugi dari bangsa lain. Beliau berharap pemuda sentiasa memberi sokongan kepada pertubuhan bukan sahaja untuk pertandingan futsal malahan dalam kegiatan gotong royong dan lain-lain lagi.
Tuesday, April 28, 2009
PROGRAM MAWADDAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2009
Saturday, April 18, 2009
HARI KELUARGA WANITA KG. SULUP
Wednesday, April 15, 2009
PROGRAM MUWADDAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Jawatankuasa Program akan mengagihkan brosur dari rumah ke rumah pada 18 April 2009 supaya semua penduduk terutama kaum wanita/ibu dapat hadir beramai-ramai ke majlis tersebut. Melalui Program Muwaddah semua peserta yang hadir dan mengambil bahagian akan lebih memahami peranan kaum wanita yang dapat dimainkan dalam usaha kerajaan menangani masalah penagihan najis dadah di kalangan anak remaja hari ini.
Sunday, March 22, 2009
KURSUS KETRAMPILAN DIRI WANITA TAHAP 1
Friday, March 20, 2009
KONVOI BERMOTORSIKAL TELUK KUMBAR-TELUK BATIK



Saturday, January 17, 2009
Kumpulan Permbangunan Wanita Bukit Gemuroh
Difahamkan Kumpulan Pembangunan Wanita (KPW) Bukit Gemuroh atas nama RNS akan beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi. Permulaannya KPW Bukit Gemuroh ini akan beroperasi di sebelah rumah En. Noorazli Bahari di Jalan Gertak Sanggul, Telok Kumbar. Dengan bantuan kerajaan, KPW Bukit Gemuroh telah menerima beberapa alatan termasuklah peti sejuk, 'oven', 'mixer' dan sebagainya. Ahli-ahli wanita yang terlibat secara langsung ialah Rohila Ismail, Rahimah Hamad, Rahani Othman, Rodziah Haraun dan Suraya Che May. Ahli KPW sedang mendengar tunjuk ajar dari pegawai agensi kaedah mengendali oven. Penubuhan KPW ini merupakan suatu lembaran baru kepada kumpulan wanita kawasan ini agar merebut peluang yang ada untuk memajukan diri dan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga.
Tuesday, January 6, 2009
KOMPLEKS MAKANAN TELUK KUMBAR
"Kita akan menjadikan kawasan ini sebagai pusat tumpuan ramai dengan membina chalet dan kemudahan untuk sukan air seperti berkenu," katanya ketika ditemui di Kampung Nelayan Teluk Kumbar dekat sini, kelmarin. Beliau berkata, dewan serba guna itu juga boleh digunakan oleh penduduk untuk mengadakan majlis kenduri perkahwinan, mesyuarat dan kegiatan kemasyarakatan lain. "Kami berharap dewan serba guna itu akan dapat memulihkan imej kawasan sekitar yang sebelum ini dikatakan menjadi sarang penagih dadah," katanya.
Sebelum ini, kira-kira 20 peniaga yang beroperasi di kompleks itu 'gulung tikar' kerana menghadapi masalah kewangan kerana perniagaan mereka tidak mendapat sambutan. Ini kerana kompleks yang terletak berhampiran pantai berada dalam keadaan amat menyedihkan. Wakaf yang disediakan juga berada dalam keadaan uzur. Seorang penduduk, Ridzuan Mohd Noor, 42, menyambut baik usaha kelab untuk memulihkan kembali kawasan itu untuk kegunaan orang ramai. "Adalah merugikan apabila kompleks makanan ini terus terbiar sehingga disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Friday, January 2, 2009
Pendapatan Nelayan Kecil dari Telok Kumbar dan Sungai Batu Terjejas!!
Jambatan Kedua Pulau Pinang berharga RM3 bilion, iaitu salah satu projek penting di bawah RMK-9, yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau dijangka siap pada 2011 dan ia bakal menjadi pemangkin utama kepada pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).Apabila siap kelak, jambatan sepanjang 24 kilometer itu dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang dan merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan antara 10 terpanjang di dunia.
Karom dalam Sukaneka
Nasyid Kg. Sulup
XPDC Berkayak Pantai Merdeka - Tlk Kumbar
Gotong Royong di Kg. Nelayan
























