BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Sunday, March 22, 2009

KURSUS KETRAMPILAN DIRI WANITA TAHAP 1






Wanita UMNO Bukit Gemuroh telah mengadakan Kursus Ketrampilan Wanita di premis Kelab Sukan Kg. Nelayan. Kira-kira 40 orang ahli wanita dan puteri turut menghadiri kursus yang diadakan pada hari Ahad yang lalu jam 8.30 pagi dirasmikan oleh Hj. Nordin Ahmad, Pengerusi JKKKP Bukit Gemuroh. Kursus Ketrampilan Wanita berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan ucapan perasmian penutup diberikan kepada Rusli Hashim, Setiausaha JKKKP Bukit Gemuroh. Menurut penyelaras Kursus Ketrampilan Wanita, Hjh Rohila Ismail bahawa Kursus Ketrampilan Wanita tahap 2 akan diadakan pada masa akan datang. Hadiah-hadiah cabutan bertuah telah disampaikan oleh Rahimah Hamad, Ketua Wanita UMNO Cawangan Bukit Gemuroh.

1 comment:

Razif Yusof said...

Salam Sejahtera,

Saya Razif Yusof.

Merupakan pegawai bagi Perpustakaan Desa yang bertempat di Bandar Baru Teluk Kumbar. Saya melihat aktiviti di kawasan Bukit Gemuruh amat aktif.

Perpustakaan Desa juga mempunyai fotopages untuk memaparkan aktiviti serta gambar perpustakaan, kursus dan aktiviti yang berlangsung di sekitar kawasan Teluk Kumbar.

Jadi, saya juga berminat jika dapat menyertai aktiviti yang diadakan di Bukit Gemuruh.

Boleh hubungi saya di email
razifyusof@gmail.com atau 0195655109.

Ikhlas,

Razif Yusof
Pen Peg Perpustakaan
Perpustakaan Desa Bandar Baru Teluk Kumbar
(Perpustakaan Negara Malaysia)


Karom dalam Sukaneka

Nasyid Kg. Sulup

XPDC Berkayak Pantai Merdeka - Tlk Kumbar

Gotong Royong di Kg. Nelayan