BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Thursday, December 20, 2007

PERANAN JKKK BUKIT GEMUROH

PENTADBIRAN:
1. Mengumpul dan menyimpan profiI kampung dan maklumat asas:
Tempat-tempat ibadat, Jalan Kampung,Balai Raya/Dewan JKKK, Sekolah, Gelanggang permainan, Klinik, Padang bola, Balai Polis, Pejabat Pos dan Tadika
2. Bertindak sebagai badan perantaraan di antara kerajaan dengan penduduk kampung. Dalam konteks ini jika timbul masalah dalam pelaksanaan projek dan atau permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung, hendaklah segera menghubungi Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri.
3. Merancang dan membuat jadual kegiatan JKKK sepanjang tahun, termasuklah merancang majlis penerangan, gotong royong, ceramah dan dailog.
4. Mengambil tahu dasar kerajaan dan menyampaikan maklumat perlu kepada masyarakat.
5. Mengenalpasti struktur penduduk serta menyimpan rekod penduduk. Termasuk menyenaraikan nama-nama penduduk yang miskin /PPRT dan keperluan mereka (Rumah/air/letrik).
6. Mengadakan mesyuarat seturang-kurangnya sebulan sekali dan menyimpan rekod mesyuarat dengan baik
7. Melaporkan kepada pihak berkenaan mengenai perkara yang memerlukan perhatian dan penyelesaian mengikut saluran tertentu.
8. Mengemukakan jadual dan minit mesyuarat kepada pihak tertentu.
9. Mengemaskini bilik gerakan kampung.
10. Menyediakan Laporan Tahunan JKKK pada setiap awal tahun; dengan memberikan maklumat:
a) Permohonan-permohonan yang belum diluluskan tetapi telah dipohon pada tahun sebelumnya.
b) aktiviti tahunan yang telah dijalankan.
c) maklumat kehadiran ahli JKKK dalam mesyuarat bulanan dan lain-lain maklumat yang difikirkan perlu.
11. Menjemput sesiapa yang difikirkan sesuai kerana pengalaman, pekerjaan atau kebolehan yang ada padanya untuk menghadiri mesyuarat JKKK.
12. Mengadakan kerjasama yang erat dengan lain-lain jawatankuasa institusi yang sedia ada di kampung-kampung berkenaan seperti jawatankuasa Kariah Masjid, Pemaju Masyarakat dan sebagainya.
13. Mendapatkan maklumat/keterangan awal keluarga mangsa Bencana Alam (Ribut/Banjir/Kebakaran) dan cuba membantu menyediakan keperluan mangsa.

KESIHATAN DAN KEINDAHAN:
1. Mengalakan program mengindahkan kampung berteraskan konsep kampung dalam
taman.
2. Membantu usaha ke arah pembasmian dan pencegahan penyakit berjangkit.
3. Mengawasi kebersihan kampung dan tempat-tempat awam.
4. Mengalakan penduduk kampung mengamalkan makanan dan pemakanan seimbang dan beriadah untuk mewujudkan generasi cergas.

KEAGAMAAN DAN KEROHANIAN
1. Meningkatkan dakwah islamiah dan penghayatan nilai murni.
2. Menganjurkan program keagamaan seperti ceramah dan kelas agama.
3. Memelihara kebersihan masjid dan surau.
4. Menyemai nilai bekeluarga dan menghormati orang tua serta penyayang.

PEMBANGUNAN EKONOMI
1. Mengenalpasti dan merancang dan mengesyorkan projek-projek yang sesuai untuk dilaksanakan.
2. Mengesan dan mengawal pelaksanaan projek pembangunan
3. Mengalakkan kegiatan kausahawanan termasuk industri kecil dan perusahaan, perniagaan kecil dan lain-lain.
4. Memupuk budaya kerja niaga di kalangan penduduk termasuk remaja.

PENDIDIKAN.
1. membantu untuk meningkat pencapaian pelajaran sekolah:
1.Menganjurkan kelas-kelas tambahan
2.Menganjurkan ceramah-ceramah motivasi kepada pelajar.
3.Membantu meningkatkan akhlak murni di kalangan pelajar dan remaja.
4.Memupuk budaya ilmu dan galakan membaca.
5.Memupuk sikap positif dan progresif serta menghindari sikap negatif di kalangan masyarakat kampung.


KESELAMATAN
1. Menjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir jahat yang hendak merosakan masyarakat dan negara dengan cara melaporkan aktiviti-aktiviti mereka kepada pihak berkuasa dan menyusun rondaan (jika perlu) dan pemerhatian di sekitar kampung.

No comments:


Karom dalam Sukaneka

Nasyid Kg. Sulup

XPDC Berkayak Pantai Merdeka - Tlk Kumbar

Gotong Royong di Kg. Nelayan