BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Thursday, December 20, 2007

SEJARAH JKKK BT. GEMUROH

Nama JKKK Bukit Gemuroh sebenarnya mengambil nama sebuah tempat yang terletaknya di antara Pasir Belanda dengan Gertak Sanggul. Perkataan ‘Gemuroh’ itu sendiri sebenarnya menceritakan suatu keadaan atau suasana yang wujud suatu masa dahulu. Ada sebuah air terjun di sebuah bukit dan air itu turun dengan deras dari bukit di situ telah menghasilkan bunyi yang gemuroh sehingga dapat didengar oleh penduduk-penduduk yang tinggal di Gertak Sanggul. Dengan itu, penduduk telah menamakan kawasan itu sebagai Bukit Gemuroh.
Dengan itu nama Bukit Gemuroh telah diabadikan dalam beberapa pertubuhan seperti UMNO Cawangan Bukit Gemuroh, Kelab Seri Gemuroh, Taman Gemuroh dan kini JKKK Bukit Gemuroh. JKKK Bukit Gemuroh ditubuhkan adalah hasil perjuangan ahli-ahli dan pemimpin UMNO Cawangan Bukit Gemuroh sendiri. Pentadbiran JKKK Telok Kumbar sebelum ini yang begitu luas telah menjadikan tugas dan tanggungjawab JKKK semakin berat dan rumit. Penubuhan JKKK ini telah diluluskan oleh suatu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah mendapat pandangan semua pihak; pemimpin-pemimpin UMNO, NGOs, penghulu dan Pejabat Daerah dan Tanah.

No comments:


Karom dalam Sukaneka

Nasyid Kg. Sulup

XPDC Berkayak Pantai Merdeka - Tlk Kumbar

Gotong Royong di Kg. Nelayan